Tuesday, September 28, 2010

TIGA PERTANYAAN DIJAWAB DENGAN SATU TAMPARAN

Buat renungan bersama....


Seorang pemuda yg sangat pintar meneruskan pengajiannya ke luar negara. Setelah tamat pengajiannya, dia kembali ke tanah air. Setibanya di rumah, dia meminta orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yg boleh menjawab tiga pertanyaannya.
Setelah puas berusaha mencari, akhirnya orang tua pemuda itu berjaya mendapatkan orang tersebut, iaitu seorang kiyai, lalu dipertemukan dengan anaknya (pemuda itu).

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah anda yakin anda boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan-pertanyaan anda.
Pemuda: Anda yakin? Sedangkan sebelum ini saya pernah menanyakan soalan-soalan ini kepada Professor dan ramai lagi orang yg pintar, tetapi tetap juga mereka semua tidak mampu menjawab segala pertanyaan saya.
Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan: (1) Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya, (2) Apakah yg dinamakan takdir? (3) Kalau syaitan diciptakan daripada api, kenapa dimasukkan ke neraka yang juga dibuat daripada api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Setelah mendengarkan kesemua pertanyaan pemuda itu, secara tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kerasnya.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda tampar saya? Anda marah dengan soalan-soalan yg saya kemukakan?
Kiyai : Jangan salah faham.. Saya langsung tidak marah... Sebaliknya tamparan saya itu merupakan jawapan saya untuk kesemua tiga pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.
Pemuda: Saya langsung tidak mengerti apa yg kamu maksudkan.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya itu?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada dan benar-benar wujud?
Pemuda: Ya, pastinya saya percaya!
Kiyai : Kalau begitu, tunjukkan kepada saya kewujudan sakit itu!

Pemuda itu hanya terdiam kerana tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan kiyai. Dia percaya sakit itu wujud kerana dia dapat merasakannya, tetapi tidak mungkin dia dapat tunjukkan kepada kiyai kewujudan sakit itu.

Kiyai : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama kamu. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat-Nya.

Si pemuda kini mengerti apa yg dimaksudkan, dan dalam diam dia mengakui kebenaran kata-kata kiyai tersebut.

Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Apakah anda pernah terfikir bahawa anda akan menerima tamparan drpd saya pada hari ini?
Pemuda: Tidak.
Kiyai : Justeru, itulah yg dinamakan takdir.

Sekali lagi si pemuda terdiam, mengakui kebenaran kata-kata kiyai itu.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yg saya gunakan utk menampar anda?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda yg menerima tamparan saya tadi?
Pemuda: Kulit.
Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit.
Kiyai : Begitu juga halnya dengan syaitan dan neraka. Walaupun syaitan dijadikan drpd api dan neraka juga terbuat drpd api, jika Tuhan menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yg menyakitkan untuk syaitan, biarpun mereka dari unsur yg sama.

Mendengarkan jawapan si kiyai, pemuda tadi langsung tidak tahu mahu menjawab dengan alasan apa lagi. Sesungguhnya memang benar apa yg dikatakan oleh kiyai tersebut.

Renung-renungkan & selamat beramal;)
Sekian.

thanks for reading;)

4 orang menginap di sini:

Radhiah Dali said...

radhiah dali like this!!!=)

NUR SYAMILAH BINTI RASHID said...

yeah!puas hati sgt dgn jwapan kiyai tue.heee:)

Tieah Madian said...

Sy share ek..
Ni link dia..

http://dhatieku.blogspot.com/2010/10/3-soalan-dalam-1-jawapan.html

Thanx..

NUR SYAMILAH BINTI RASHID said...

okeyh d_tieah.wc:)