Tuesday, September 28, 2010

6 JENIS WANITA MALANG


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

1.Wanita Ananah: Banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
 2.Wanita Mananah: Suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan,“Aku membuat itu keranamu”. 
3.Wanita Hananah: Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain. 
4.Wanita Hadaqah: Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. 
5.Wanita Baraqah: Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan bahagiannya. 
6. Wanita Syadaqah: Banyak cakap tidak menentu lagi bising.



*untuk kaum lelaki di luar sana, anda pasti tidak akan sentiasa berada di rumah, kerana kamu akan keluar bekerja dan melakukan lain-lain urusan yang berkaitan untuk menampung keluarga kamu..
sepanjang kamu berada di luar rumah, maka isterilah yang bertanggungjawab ke atas urusan dalam mendidik anak-anak sepeninggalanmu..
jadi jika anda tersalah dalam memilih isteri, maka anak-anak anda itu akan belajar dari sikap ibunya.. 
jadi jika guru kepada anak-anak anda itu bersikap seperti yang di nyatakan di atas, maka akan rosaklah generasi anda.. 
bila anak-anak tidak mendapat didikan agama, pasti akan membebankan dan mungkin akan berlaku derhaka kepada kedua orang tuanya..
sepatutnya anak-anak boleh menjadi aset yang berguna untuk kamu bila kamu sudah tua ataupun kamu telah meninggal dunia..
anak-anak yang soleh akan sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya samada ketika kamu masih hidup dan akan sentiasa mendoakan kesejahteraan untuk kamu di dunia dan di akhirat..
jadi di sini betapa pentingnya untuk mendapatkan pasangan hidup yang benar-benar baik,
jadi, buatlah pilihan yang bijak dan gunakanlah 9 akal kamu itu dalam memilih pasangan hidupmu supaya kamu beruntung..*

Sekian;)

thanks for reading;)

0 orang menginap di sini: