Thursday, September 9, 2010

Syurgamu Ramadhan

Masuk malam ni, dah kali ke-2 aku tengok cter Syurgamu Ramadhan.Juga merupakan episod akhir taw!.Sebelom-sebelom nie memang tak pernah tengok langsung cerita tu.Jeling pon tak!(oke tipu!).Biasalah kehidupan kat U mne ada tv kau nak tengok kan.Depan lapy jew 24jam(oke tipu lg!).So, semalam tetiba tergerak hati aku nak tengok citer nie.(kes x de citer len untuk ditonton!sila ambil perhatian).Malam pertama tgok pon air mata aku bercucuran jatuh bak air terjun yang mengalir serta menghempas batu-batu di dasar.(sensitif kot aku nih!)

Sebenarnya cerita ni ditayang setiap Selasa, Rabu dan Khamis di slot Samarinda, jam10.30 malam di TV3. Citer nie rasanya stat play masa kita stat berpuasa kot.Aku pon kurang pasti.So fyi, cerita ni memang best la + sedih, tak pernah kot aku tengok cerita Melayu sampai menangis, tapi cerita ni telah mampu menitiskan jugak la air mata mahal ni..hehe..Rugi kalau sape-sape yang tak tengok, dengan soundtrack lagu cerita ni dari Azfar - Akan Ku Jumpa memang feel..Kalau tak sempat tengok pukul 10.30 pm(just now!) boleh jugak tengok kol 4.30 am bg episod akhir la(esok oke!) sebelom sahur.Law x pon boleh jugak tengok kat TV3 catch up. Kalau tengok kat sini, takde lah iklan2 dah.. best..mantop! 

Di kesempatan ini juga, sempena bulan Ramadhan kini dan Syawal yg bakal menjelang, aku pohon jutaan kemaafan andai ada terkasar bahasa & tingkah laku yg kurang menyenangkan. Diriku hanya insan biasa yg miliki pelbagai kelemahan. Kesempurnaan hanya milik Allah S.W.T Yg Maha Kuasa. Semoga ikatan ukhwah antara sesama kita kian erat, amin...

ampun dan maaf andainya ...
TERkasar bahasa ...
TERsilap bicara ...
TERmarah yang tak kena ...
TERtanya tak tentu hala ...
TERsasul yang tak sengaja ...
TERpukul kat mana mana ...
TERpekik ditelinga ...
TERhantuk dikepala ...
TERpinjam harta benda ...
TERmoody tak semena mena ...
TERumpat bila bila ...
TERmacam macam lagi yang kena mengena ...
SEMOGA DIMAAFKAN ...

.Sama-samalah kita menyambut Aidilfitri dengan hati yang lapang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dari Sya & Suami..;p
Bagi sesiapa yang mengenali rumah kami sila jemput dtg beraya di rumah yew.Kedatangan anda semua amat kami alu-alukan.

Law yang tak tahu alamat.Di sini sya sertakan juga alamat rumah kami.

Lot 2339 Lrg Selamat,
Jalan Batu Tumboh,
Kg IKM, 22200 Besut,
Terengganu.......

Alamat dah bagi.Harap kakanda & adinda tak sesat yer!;)



thanks for reading;)

5 orang menginap di sini:

tima said...

selamat hari raya , maaf zahir batin . mintak ampun klw ade terase aty ngn aku spnjg kite kenal (mood : sedih)

NUR SYAMILAH BINTI RASHID said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.same goes to u.jgn lupe dtg umah aku!wajib oke!hehe;)

Anonymous said...

wajib tak kesa raye ke berape kan kan :P

Awangku Johan said...

Salam perkenalan..
oohh minat tgok Syurga Ramadhan jugak ek.. Tak pa blh download kat TV3.com.
Slamat Hari Raya Aidilfitri

NUR SYAMILAH BINTI RASHID said...

Salam perkenalan & salam lebaran..:)