Tiba-tiba ada bunyi sms. Siapala pulak nak hantar sms time-time macam ni. Entah-entah adik aku nak mintak share kredit lagi kot. Ataupun brader murtabak 8 yang nak ajak gaduh sebab bengang aku lamar Ika tadi?Ah kenapa nama brader tu asyik muncul dalam hidup aku sekarang?
Rupa-rupanya Ika yang sms aku.
-Salam, saya nak tanya sikit ni, betul ke apa yang awak cakap kat mak saya tadi?-
Alamak aku lupa la. Aku bagitau Ika lain, aku bagitau mak dia lain. Mesti ika terkejut kalau mak dia cakap aku nak ajak dia kawin. Macamana nak jawab ni?
-Wasalam. Memang betul apa yang saya cakap kat mak awak tu.-
Berani cakap, beranila tanggung Razif...
-Tapi awak dah cukup kenal saya ke?-
Ayat yang buat aku serba salah. Memang aku tak kenal dia lagi. Setakat jumpa time beli murtabak dengan keluar berbuka sekali tak cukup untuk aku kenal dia sepenuhnya. Tiba-tiba aku rasa cuak pulak.
-Saya yakin pilihan saya ni tepat. Saya ikhlas cintakan awak Ika.-
-Setakat mana keyakinan awak?-
Kenapalah Ika soal aku macam Jalaludin Hassan dalam rancangan Who Wants To Be A Milionaire pulak ni? Tergelak aku dengan lawak aku sendiri.haha
-Awak tak yakin dengan saya ke?-
Biar dia pulak yang jawab.haha
-Awak,kita ni baru je kenal. Janganla tergesa-gesa sangat. Berila masa untuk kita kenal hati budi masing-masing dulu. Kita lahir dalam dunia yang berbeza. Saya taknak awak menyesal nanti-
Ada betulnya apa yang Ika cakapkan. Tapi aku dah terlajak kata dengan mak dia tadi. Tak macho la aku kalau tarik balik lamaran aku tu.
-Tapi saya dah cakap dengan mak awak tadi,takkan nak tarik balik lamaran tu?-
-pasal tu awak jangan risau, saya dah explain kat mak saya.Dia pun faham-
Lega aku. Aku pun taknak kawin lagi. Bukan takut komitmen, cuma kena belajar dulu asas-asas rumahtangga ni. Kalau nak harapkan cinta je, aku rasa tak kekal lama rumahtangga tu.
-Ok, tapi awak setuju tak jadi kekasih hati saya?-
- *smile* -
Yahooo!!!!!
*****
Sejak hari itu,lepas kerja je, aku terus balik rumah, salin baju dan pecut ke Bazar Ramadhan. Aku tolong Ika dan mak dia kat gerai murtabak tu. Mula-mula kekok jugak, tapi aku rasa tu la cara yang terbaik untuk aku kenal dia, dan dia kenal aku. Lagipun mak dia ada sekali. Jadi dia pun boleh buat penilaian atas diri aku ni.haha
Pada suatu hari brader murtabak 8 tu datang. Aku tengok riak muka dia sedikit berubah melihat kemesraan aku dan Ika. Dia pandang aku semacam je. Macam pandangan yang mengatakan 'lu pehal kacau awek gua?'. Lalu aku membalas dengan pendangan 'Gua dah menang bro, lu main jauh-jauh la'. Hari tu dia beli 1 je murtabak. Aku tersenyum bangga apabila brader tu blah. Aku dah agak dia memang ada hati dengan Ika. Taktik dia la tu beli murtabak 8 tiap-tiap hari. Aku beli 1 je boleh dapat la. Ayat kena power bro.hahahaha. Aku gelak jahat dalam hati.
"kenapa awak senyum sorang-sorang ni?" Eh ika perasan ke aku tengah senyum-senyum?
"Kenalah senyum selalu, barula pelanggan datang. Kejap lagi ramai la awek-awek datang beli sebab saya senyum.hehe" Saja je aku nak test dia.
"Eleh perasan" dia membalas dengan satu cubitan di lengan.
"Adoi sakitla awak" aku buat over reaction. Padahal tak sakit mana pun.haha
"Ehem-ehem. Agak-agak la nak bergurau pun. Bulan puasa ni," sekali mak dia kat belakang nampak la pulak. Tak pasal-pasal kena sound pulak. Mak dia dah senyum-senyum. Kami berdua buat-buat sibuk sebab malu.haha. Lepas tu sama-sama gelak. Alahai bahagianya rasa.
*****
Esok aku dah nak balik kampung. Jadi hari ni aku ajak Ika shopping baju raya. Macam biasa, musim-musim nak dekat raya ni, shopping complex memang sesak dengan orang.kalau sorang-sorang memang tak kuasa aku nak redah. Tapi kali ni aku berdua. Tak terasa sangat sesaknya.haha. Lagu-lagu raya menambahkan kemeriahan persiapan semua orang nak shopping.
"awak nak beli baju raya warna apa tahun ni?" tahun ni aku cadang nak pakai sama warna dengan Ika. Jiwang la pulak.haha
"Emm saya cadang nak warna ungu. Awak suka tak warna ungu?" Eh macam mana dia tahu warna kesukaan aku nih? Ni la yang dikatakan jodoh. Ada je persamaan.hehe
"Saya memang nak beli ungu. Ni la yang orang cakap ada chemistry tu kan?"
"Iyela awak" dia senyum je. Ika ni memang murah dengan senyuman la.
Hari tu penat jugak aku shopping. Maklumla shopping dengan orang perempuan ni kena banyak sabar. Kalau boleh semua kedai dia nak masuk. Nak buat pilihan yang betul-betul katanya. Last-last dia nak gi balik kedai yang mula-mula kami masuk. Katanya kedai tu ada baju yang paling cantik. Nasib baik la awek sendiri kan. Sabar ajelah. Ni la yang dikatakan pengorbanan, ye tak?
3 Bulan kemudian
Akhirnya setelah dekat 3 bulan couple, aku mengambil keputusan untuk meminang Ika. Semuanya berjalan lancar sebab mak dia pun dah kenal aku, aku pun dah bawak mak ayah aku beraya kat rumah dia dulu. Kitorang bertunang pada 26.05.12 sempena hari lahir Ika. Aku saja je pilih tarikh tu. Biar bermakna sikit. Ika pun suka. Aku pun suka. Macam lagu dua insan, "Bila kau senyum, ku gembira...lalala"
Keesokan harinya.Di tepi pantai yang indah
"Abang, kenapa tiba-tiba bawa ika datang sini?" Eh dia cakap apa tadi?Macam luar biasa je aku dengar.
"Awak cakap apa tadi?"
"Ika cakap, kenapa abang tiba-tiba bawa ika datang ke sini?" memang sah dia panggil aku Abang. Rasa macam dah kawin pulak.hehe.
"Abang, ika tanya ni, kenapa senyum-senyum pulak?" Eh lupa pulak aku nak jawab. jauh aku berangan rupanya.hehe
"kenapa tiba-tiba awak panggil saya abang?"
"Awak tak suka ke saya panggil Abang?" tiba-tiba riak muka dia berubah. Macam kecewa je. Ala sudah. Takkan dia merajuk kot?
"Bukan macam tu, saja nak tau.Sebab kita dah tunang ke?"
"tu salah satu sebabnya. Tapi sebab utama sebab Ika baru tahu umur Abang dah 25. Semalam baru tahu lepas Adila bagitau," kecoh betul la adik aku sorang tu.
"Habis tu Ika ingat umur Abang berapa?" Aku pun dah terikut bahasakan diri aku Abang. Best jugak rupanya.haha
"Ingatkan dalam 22 je," aku tergelak kuat. Tapi aku pun baru semalam tahu umur Ika baru masuk 21.
"Abang kan awet muda,hehe"
"Eleh perasan," Ika mencebik. Alahai ika, kau senyum cantik, buat muka masam pun comel.huhu. Terasa nak nyanyi lagu exist- masih terserlah ayu wajahmu walaupun marah....
"kalau ika nak tau, ni la tempat abang luahkan perasaan, tempat abang datang kalau abang rasa sunyi,rasa tertekan. Angin pantai ni seolah-olah akan bawa pergi masalah abang tu ke tempat yang jauh," aku menjelaskan padanya sambil memandang laut yang luas terbentang. Dia mengangguk faham.
"Abang, ika nak buat satu pengakuan ni. Ika harap abang dapat terima," hah? pengakuan apa pulak ni? Baru je nak rasa bahagia.takkan dah datang masalah? Aku memberi ruang untuk ika teruskan pengakuannya.
"Mesti abang perasan ada sorang pelanggan Ika yang selalu beli 8 murtabak tu kan?" mestila aku perasan. Mamat yang selalu nak potong line aku dulu. Tapi kenapa dengan dia? takkan la....
"Kenapa dengan dia," aku dah mula rasa suspen. Angin laut terasa terhenti seketika. Bunyi ombak dah hilang, digantikan dengan bunyi degupan jantung aku.
"Ika pernah kawin dengan dia dulu," APA??? terasa kelam seketika. Rasanya macam dah tiada lagi esok untuk aku. Kenapa kau sanggup tipu aku Ika????tell me why?tiba-tiba aku cakap orang putih pulak.Argghhh
Tiba-tiba Ika gelak kuat.sawan ke ape ika ni?
"Ika gurau jela abang, Ika tak kenal pun sape brader tu," memang sakit jantung aku dengan lawak budak Ika ni. Ni mesti penyakit keturunan datang dari mak dia. Asyik buat lawak terkejut je.
"Oooo tipu abang ye, jaga ika," lalu aku mengejarnya. Kami berlari-lari di tepian pantai. Ade mata-mata menjeling curiga. Pedulikan mereka. Mereka tidak tahu, hubungan kau dan aku. Saat itu kebahagiaan terasa di segenap laluan darah di tubuhku. Gelak tawa Ika sangat menyenangkan.
Siapa kata bahagia itu sukar dicari? bahagia itu ada. Bukakan hati anda kerana bahagia ada di mana-mana. Bahagia takkan jatuh dari langit, kita yang seharusnya untuk berusaha ke arah bahagia itu.
Aliya Zulaikha, izinkan selamanya namaku dihatimu...
-TAMAT-
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
-Yang Terindah - Dakmie -
Credit to ~ A.A (Azwan Aziz)
Sekian.
12 orang menginap di sini:
ala bahagia nya mereka . huhuhuhu
smoga bahagia hingga ke jinjang pelamin.hek3.
hahaha . padahal satu cerita yang direka , bukan realiti
hahahahaha.pape pon mmg best la cter nih.ley wt novel kot!ahaaha
waaa..sweet nyer..happy ending.
hehehe.luv story is always ended with heppy ending;)
milah , mu elaborate la banyak2 lagi cte ni pastu smbung la cte sal alam kawen puloksss ^^
wah!prmintaan kew nie?hahahaha.xceli penulis cerpen nie nk smbung elaborate cter nie pnjg lg.tajuk dye law x clap di sudut hati Ika.kite tggu jela ep.x larat kot aku nk elaborate.hehe;)
salam,
awk ni user forum syok.org eh?
eyh.u r da owner of dis stori rite?yup2!sy user forum tue.ur stori is very nice.i really like it!hehe;)
Thanks sbb suke... :)
awk guna nama ape kat syok ek?
kalo sudi, lawatla my blog ek
1nama1000cerita.blogspot.com
hihi..emm, sy guna kwn sy pnya~wanunimap..orite!sy psti follow.heee;)
Post a Comment