Monday, March 12, 2012

KEK COKLAT

TADAAAAA!!!!!

Assalamualaikum

semalam aku ponteng kelas menjahit sbb x dek driver nk mghantar.hihi.tp x pela.dah boring xtaw nk buat apa aku pon tringin pulak nak buat kek coklat.maka hasilnya adalah seperti dalam gambar di atas. buat kek coklat ni simple aje.dalam 2 jam dah siap n boleh makan.

resipi ada kat bawah ni.resipi amik daripada member2 jugak.masa kat kolej dulu pun penah buat dah dgn si pemilik belog SHURA AKU WANITHA..tehee.ni kali ke-3 dah buat kek coklat ni.kali kedua hadiah for my mum sempena HARI IBU.hehe 


BAHAN A ( diayak )

- 2 cawan tepung gandum
- l cawan serbuk koko
-1 sudu teh baking powder
- 1 sudu teh soda bikabonat

bahan yang telah diayak


BAHAN B ( dikacau sebati )

- 1 cawan gula aising
- 1 cawan air panas
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan minyak masak
- sedikit garam
- 1 sudu teh aisin vanilla
- 2 biji telur


Lepas kacau sebati semua BAHAN B, masukkan BAHAN A sedikit demi sedikit ke dalam BAHAN A

BAHAN A + BAHAN B


kacau lagi dan biarkan selama 15 minit bertujuan untuk mengembangkan bahan. kukus selama 1 jam.nak bakar dlm oven pon boleh.

untuk buat topping pulak, letak coklat + minyak masak secukupnya + mentega.masak dalam periuk kecik yang diletakkan dalam periuk besar sikit yg ad air.lepas tu boleh la tabur coklat rice.hehe

simple je bahan-bahan kan.ha apa lagi.p serbu pasaraya cepat!!cepat!!hehe

saje je nak share resipi ni manelah tahu kan kot2 ad org teringin nak buat kek coklat nt.tehee
selamat mencuba! =)


thanks for reading;)

2 orang menginap di sini:

Lynn Fauzi said...

sedapnyaa.. hehe.. pandai syamilah buat kek ye.. :)

p/s: nanti boleh la jahitkan baju untuk lin plak ye..

NUR SYAMILAH BINTI RASHID said...

hehe.kek biasa2 jew ni lin.kui3.haha.no problem nye!heee;D