Tuesday, February 15, 2011

PENDORONG

Assalamualaikum.
hai semua.
ha, hari ni aku nak ngomel pasal tajuk kat atas tu.
apa benda kau nak ngomel nih?
PENDORONG?
pendorong apakah?
ni ha, entry kali ni kesinambungan daripada entry aku yang nih.SILA CLICK
tajuk penuhnya ni ha "PENDORONG mengapa ber'couple' tu terjadi "

1) Banyak sekolah/pusat pengajian campur perempuan dan lelaki dlm satu kelas tanpa ada usaha drpd pihak yg bertanggungjawab untuk mengawal percampuran ini supaya tidak bercanggah dgn syarak. 


2) Pekara ini sudah jadi kebiasaan maka didapati ada pendapat mengatakan tak apa ber'couple' asalkan tak melanggar batas2 syarak..Nauzubillah. Pada pendapat mereka keluar buat date kat khalayak ramai, bukannya berduaan ditempat sunyi, tak pegang tangan, jalan pun tak rapat-rapat dan si awek tu pula pakai tudung..so tak pe le dosa pun sikit je. Nanti dah kahwin settle dan taubat le. Bab nie yg payah nak jawab... ada aje alasan diaorang untuk melepaskan diri. Orang kata kalau dah buat tu memang macam-macam helah. Kita nasihat kot sini dia corner kot lain. Banyak bersabar aje le dan teruskan usaha kita insya-ALlah lama2 dia sedar le. 

3) Sudah menjadi naluri manusia ingin dibelai dan kasih, maka sebab itu ALlah jadikan lelaki dan perempuan ada tarikan macam cas -ve dan +ve. Hasil drp didikan/pentarbiahan Islam yang tidak kukuh dari keluarga menyebabkan attraction between the charge can't be control to act in a much more appropriate manner..maka terjadinya perhubungan (kawan-kawan aje) sebelum ada ikatan yang sah, dan ada setengah ibu bapa dgn selamba kata, "Tak pe le dia orang dah besor..dah remaja, dah pandai fikir mana baik dan mana buruk..bior le". Betul juga kata ibu bapa tersebut, patutnya kita dah besor, tahu le menilai yg baik dan yang buruk..tapi tanggungjawab kedua ibu bapa mendidik anak pun tak boleh diabaikan. 

TIAP-TIAP ANAK YG DILAHIRKAN ITU BERSIH & SUCI MAKA IBUBAPA LAH YANG AKAN MENJADIKANNYA YAHUDI, NASRANI ATAU MAJUSI. 

4) Bertambahnya perempuan yang tidak menutup aurat, kalau tutup aurat pun, aurat lain tidak dijaga ex: cara bergaul, bercakap..etc. So, ini membuka ruang pada lelaki-lelaki untuk memulakan projek mereka. Tak percaya pergi lepak (bukan lepak macam Mat Lepakian..lepak dgn tujuan untuk mengambil iktibar) kat K.L. (kat sini macam-macam jenis orang boleh jumpa der) ada yg elok tutup aurat tapi bila time sembang..tu dia, ketawa kalahkan lelaki..lepas tu pandai cubit-cubit dan pukul-pukul pula tu, lelaki apa lagi..( hmm, ada chance nie.) 

5) Ramai perempuan semakin berani..berani menghadapi cabaran untuk jadi setanding dgn lelaki maka mereka pun goda le lelaki so dapat banyak boyfriend..macam Mat Cintan dan Mat Bunga yg banyak dapat awek. 

6) Ramai lelaki rasa bangga kalau dia ada awek, kalau tak de awek maka macam ada satu kekosongan dlm jiwa..lebih-lebih lagi kalau tengok membe-membe lain dh ada awek. (pergh!malu siot aku x dekk awek)

7) Lelaki cuba nak tunjuk pada lelaki lain yang dia tu pakar dlm bab tackle/ meng'ayat' awek..lelaki nie biasa la kan EGO..SUPERego tak kena tempat der. 

8) Haaaaa..nie paling memalukan bg kaum lelaki..lelaki nie cepat sangat PERASAN taw so dia pun naik syeikh plus naik semangat untuk kacau awek. Mula-mula perasan yg awek tu minat kat dia (padahal tak minat pun), end up awek tu minat betul-betul..ye la kn dah usaha sikit punya susah nak meng'ayat'/meng'tackle, awek tu pun accept la mat tu. Ada jugak awek yg manja (dah memang fitrah wanita sebegitu) sikit bila nak minta tolong maka lelaki akan terperasan yg awek tu minat kat dia maka akan try meng'ayat'. So, kaum Hawa ni kontrol-kontrol la agar tidak menonjolkan sifat kemanjaan anda pada tempat yg tak kena. Kaum Adam pulak..jgn la dok perasan cepat sangat. 

9) Ada kaitan dgn fakta ke 8..perempuan cepat sangat kesian bila tengok lelaki bersusah-payah untuk dia. Tolong nie tolong tu, tolong buat assignment ke sebagai contoh. Bila lelaki yg dok tolong tu 'ayat' sikit aje dengan mudah perempuan tersebut termakan kata-kata manis lelaki tersebut..yg lelaki tu pula tolong tak ikhlas, tu yg jadi macam tu. 

10) Fakta yg kesepuluh ini cukup sensitif pasal mereka (lelaki) ber'awek' disebabkan niat mereka cukup ikhlas dan jujur. Tujuannya ialah untuk untuk kenal antara satu sama lain dan memahami satu sama lain..nak tengoklah kan ada ngam ke tak ngam sebelum berjanji untuk sehidup semati. 

Alhamdulillah niat bagus.... tapi niat tak boleh menghalalkan cara, yg haram akan tetap haram der.


"Sesungguhnya Yg Halal Itu Nyata (Terang) Dan Yang Haram Itu Pun Nyata(Terang) Dan Diantara Keduanya Ada Pekara-perkara Yang Kesamaran, Yg Tidak Diketahuinya Oleh Kebanyakan Manusia. Maka Barang Siapa Memelihara (Dirinya Dari) Segala Yg Kesamaran, Sesungguhnya Ia Memuliakan Baginya Agamanya Dan Kehormatanya. Dan Barang Siapa Jatuh Ke Dlm Pekara Kesamaran Jatuhlah Ia Seperti Pengembala Yg Mengembala Di Sekeliling Kawasan Larangan Hampir Sangat (Ternakannya) Maka Di Dlmnya. Ketahuilah Bahawa Tiap-tiap Raja Ada Kawasan Larangan. Ketahuilah Bahawa Larangan Allah Adalah Segala Yang Haram. Ketahuilah Bahawa Di Dlm Badan Ada Seketul Daging, Apabila Ia Baik, Baiklah Seluruhnya Dan Apabila Ia Rosak , Rosaklah Sekeliannya. Ketahuilah, Itulah Yang Dinamakan Hati"

sekian:)

thanks for reading;)

0 orang menginap di sini: