Anda anak sulung, tengah, bongsu @ tunggal?
Salam pembaca semua.hari ni i nak share something dengan kengkawan semua.bahan ni i dapat dari seorang teman yang bernama GOOGLE.jom kita kongsi bersama.Tahukah anda bahawa kedudukan seseorang itu dalam bilangan adik-beradik turut mencorakkan personaliti hidup mereka.
Berikut disenaraikan ciri-ciri atau perangai-perangai seseorang mengikut kiraan bilangan anak dalam jumlah adik-beradik. Sama adanya ianya tepat atau pun tidak, anda nilailah sendiri. Yang pasti, semua ini ditulis berdasarkan cerita-cerita orang tua, dan pengalaman-pengalaman orang lama. Ini adalah rahsia orang dulu-dulu dalam mengenali watak anak.
Anak Sulung
Anak sulung merupakan cahaya mata pertama di dalam keluarga dan menjadi tumpuan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. sehinggalah kedatangan adik baru. Namun apabila mereka meningkat remaja, mereka lebih pandai membawa diri masing-masing dan sanggup berkorban demi adik-adik.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
* sering berjaya dalam hidup.
* lebih pandai mengambil hati orang tua.
* mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
Anak Tengah
Biasanya anak tengah lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain. Mereka lebih gemar berdikari dan membuat hal sendiri. ini kerana mereka adalah antara yang paling kurang 'favourite' di kalangan adik-beradik yang lain. Seringkali mereka juga terasa terpinggir. Dalam banyak hal mereka merasakan diri mereka dipaksa untuk mengalah kepada si sulung atau si bongsu. Sebab itu di kalangan mereka juga kadangkala mudah dilanda tekanan. Oleh itu, anak tengah juga cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
* lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
* suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
* sering merasakan diri mereka terpinggir.
* terlalu mengalah
Anak Bongsu
Mendengar ungkapan anak bongsu saja cukup memadai untuk membuat tafsiran bagaimanakah sikap anak bongsu. Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja. Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercayaan ibu bapa terhadap mereka. Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas. Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* happy go-lucky dan yakin diri.
* manja.
* berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
* sukar membuat keputusan sendiri.
Anak Tunggal
Dalam banyak kategori, ramai ingin menjadi anak tunggal. ramai yang beranggapan seronok menjadi anak tunggal memandangkan hanya mereka satu-satunya anak dalam keluarga. Mereka akan menjadi tempat sepenuh tumpuan, perhatian dan curahan kasih sayang ibu bapa. Mereka juga tiada persaingan dari adik-beradik yang lain. Dari sudut hubungan bersama ibu bapa, tidak dinafikan hubungan anak tunggal lebih kukuh dan erat. Mereka saling memerlukan antara satu sama lain, saling menyokong dan menggalakkan.
Ciri-ciri yang ada pada mereka ialah :
* sering merasakan diri mereka kesunyian.
* lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
* lebih bijak bergaul.
* lebih cepat matang.
* terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
* sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
So, anda semua berada dalam kategori mana?
Saya dalam kategori sulung dan of kosla ianya amat best!hihihi:)
.KHAS UNTUK ANAK SULUNG.
yeah!tanggungjawab yang amat berat.
tunjuk contoh teladan.
haish, manja kot aku nih.lalalalala:P
ha.part prihatin tuh betol!hihi
har..har..har..ni lah part yg paling best!
korang sbg adik-adik harus menurut perintah kakak @ abang korang okeh!jgn lawan.:P
haaa.betol la tuh.marah tu tandanya syg.hehe.
renung-renungkan dan selamat beramal.haha
haahaahaahaa..
itu tidak benar.sama sekali tidak benar.kikikikiki.
kami bukan suke arah adik-adik kami buat kije.kami cuma nak ajar diorang jew, nak latih diri mereka buat kije dari kecik lg.nanti kalau akak dan abang sulung diorang tak de kat umah sape lagi kan yang nak buat kije.tak kan nk harap kat mak je kan.mestilah diorang kena tolong jugak.so, nie la salah satu cara yang terbaik untuk melatih diri mereka.tapi kan, yang terberanak sebagai anak sulung nih, janganlah over sangat taw.bagila adik-adik buat kije yang senang-senang dulu like basuh pinggan ke, masak nasi ke.takpun sapu lantai.yang berat-berat mcm memasak tuh, ko la yang patot buat okeh!hihihi.(yeah!alasan yg kukuh.haha)
yeah betol tuh.kalau time kita dok jauh dari femili (pergi stdy la kan) memang kompem kita akan rindu kat adik-adik.cayalah, sume orang lagu tuh kot.mustahil tak dak yang teringatkan adik-adik diorang time duk jauh-jauh.rindu taw nk tengok diorang jeling-jeling manja, gado-gado manja.hihihi.so, sayangilah adik-beradik anda semua.
sekian;)
8 orang menginap di sini:
ahaha , aku anak tengah , aku cmtu ke ? -.-
mu anak tengah eyh?hehe.mu rasa gtu dok??hihi:P
sedang memikirkan personaliti sebagai anak sulung, hehe.
hihihihi.pikiaq2.bgus untuk kita mmperbaiki diri kita sendiri.ehehe:)
aku rse g2 sikit2 hahahaha
hahahaha.yg mne satu mu rasa??berdikari?terlalu mengalah?ke sering rasa terpinggir?kah3:P
rasa terpinggir , muahahaha
aku bese selalu mengalah jee , hahaha
rasa terpinggir?adush.haha..baguslah tuh slalu mengalah.heee.demi adik n kakak.kih3:P
Post a Comment