Sunday, October 24, 2010

Gigitan Cinta Sebelum Bebas

Giler punya perompak..boleh plak dia rompak sorang gadis tu pastu dia raba and gomol. Penjenayah tu berusia lewat 20-an menggunakan pisau Rambo utk mengugut mangsa.Kejadian ni berlaku pd pukul 11 mlm waktu gadis tu bru lepas habis keje kt belakang Hospital Sentosa, Jalan Chemor.



Pastu boleh plak diorang g bwk ronda2 sampai kt jalan chow kit pastu rampas wang yang dianggarkan RM300 selain telefon bimbit..Suspek stat meraba seluruh bdn mangsa pastu mencium dan menggigit lehernya berulang kali..ghairah sgt agknya sblm gadis itu ditinggalkn di tempat yg diorg ambik.

Lepas tu, gadis tu pun segera membuat laporan pd polis. Nasib baek lah dia tidak dirogol atau pun dibunuh. Rsa seram je klu dipikirkn blk..tul x?harap2 gadis2..teman2 skalian berhati-hati apabila pulang lewat dri kerja..make sure berteman lah kan...nk bc lagi korang leh bc kat...

Beberapa tips yang dapat membantu :

Pencegahan

Bertujuan untuk mengelakkan perkara-perkara yang boleh mengancam diri kita terlibat dalam suatu perkelahian.


Ø Elakkan tempat-tempat yang mencurigakan

Tempat gelap, sepi, tertutup atau daerah-daerah yang tidak pemes. Dikategorikan tempat-tempat yang harus dielakkan, sekiranya perlu melalui tempat tersebut sebaiknya dihantar atau ditemani oleh seseorang.


Ø Jangan berjalan seorang diri

Terutama pada wanita, atau anak-anak. Umumnya yang banyak menjadi sasaran adalah wanita dan anak-anak.


Ø Jangan memperlihatkan kemewahan

Jangan menunjukkan perhiasan yang berlebihan, misalnya memakai kalung, gelang, jam tangan atau handphone yang diletakkan di pinggang. Bahaya sekiranya dilihat oleh orang lain.


Ø Bercakap dengan sopan

Elakkan kata-kata yang boleh membuat orang lain menjadi tersinggung. Perlu kawal kata-kata yang kita bicarakan pada seseorang. Apatah lagi jika seseorang itu adalah yang kita kenal.


Ø Jangan bertingkah laku berlebihan

Sombong, jahil, centil, atau perbuatan yang lain yang memang tidak patut dilakukan.Berbuatlah yang sewajarnya sesuai dengan kemampuan dan tata tertib yang sesuai dengan keadaan.

Ø Perbanyaklah kawan

Seperti dalam nasihat "Musuh satu terasa banyak, kawan 1000 terasa kurang".Memang benar, kalau kita mempunyai ramai kawan dalam menjalankan kehidupan sehari-hari kita akan merasa tenang, akan tetapi jika kita mempunyai musuh, kita akan merasakan kehidupan menjadi sempit dan menjadi tidak tenang. Carilah dan perbanyakkanlah kawan dan tentunya adalah kawan yang baik.
Ø Gunakan pakaian yang sopan

Pakaian yang berlebihan dan kelihatan mewah atau pakaian yang sexy jika digunakan bukan pada tempatnya akan memancing orang lain untuk berbuat jahat.Pakaian yang merangsang yang sering digunakan wanita pada keramaian akan menimbulkan tindakan jahat seperti pemerkosaan.


 
Ancaman

Apabila ancaman telah berlaku pada diri kita, buatlah dan berusahalah untuk tetap menjaga agar jangan sampai terjadi pertengkaran fizikal.


Ø Beralasan dengan mengatakan sesuatu

Berusahalah untuk mempengaruhi lawan dengan memberi keterangan atau alasan yang diucapkan. Seperti apabila seseorang akan diperkosa, katakanlah "Saya sdg datang bulan". Atau jika berlaku sesuatu yang tak diduga cakaplah "Saya tidak berjalan sendirian", "Ini bukan perhiasan asli", "Saya tidak mempunyai apa-apa". Semuanya ini bertujuan untuk menggugat perasaan dan juga untuk mengaburkan perasaan lawan. Perlu difikirkan juga langkah yang harus kita lakukan selanjutnya.


Ø Berteriak untuk minta pertolongan

"Tolong .... Tolong ... tolong .......!", teriakan ini akan membuat lawan menjadi takot dan orang ramai akan mencari arah teriakan tersebut.Harus berwaspada kerana teriakan ini dapat membuat lawan menjadi lebih berani dan bersikap nekad.


Ø Berteriak untuk mengalihkan perhatian

Teriak sambil menunjuk "Awas kereta, kebakaran!" Atau "Polis!", Kejutan ini membuat lawan menjadi panik dan turut melihat ke arah tempat yang kita tunjuk. Kosentrasi pihak lawan akan tergangguSegeralah bertindak cepat dengan menendang atau pukul pada bahagian ulu hatinya kemudian lari untuk menyelamatkan diri.


Ø Berlari

Berlari secepat-cepatnya untuk mencari perlindungan.Dan tempat yang paling baik adalah tempat yang mana orang ramai .


Ø Cari perlindungan pada orang yang dikenali atau pegawai keselamatan

Apabila kita sedang difollow oleh seseorang yang kita tak kenali maka segeralah untuk mencari perlindungan dengan cara menemui pegawai keselamatan.


Ø Cari / membawa ke tempat yang lebih ramai orang

Umumnya tempat yang sepi lebih berbahaya berbanding dengan tempat yang lebih ramai org. Untuk itu apabila kita merasa ada orang yang ingin berbuat jahat segeralah kita menuju tempat yang lebih ramai dan aman. Walaupun demikian kita harus tetap berhati-hati dan waspada kerana ada juga orang yang ingin berbuat jahat di tempat yang ramai.


 
Perkelahian

Perkelahian tidak dapat dihindarkan lagi, hadapilah lawan dengan tetap memerhati dan berwaspada, tenangkan diri, dan percaya dengan diri.


Ø Jangan memberi kesempatan lawan untuk menyerang

Gerakan cepat, tepat, dan kuat untuk melumpuhkan lawan harus dilakukan terlebih dahulu, sebelum lawan menyerang terlebih dahulu. Tujuannya adalah untuk membuat lawan terkejut, dan apabila serangan kita tepat sasaran akan membuat lawan menjadi lemah. Tapi AWAS kalau lawan dapat mengelak / menghindar atau serangan kita ternyata tidak tepat pada sasaran.


Ø seranglah kawasan / kawasan yang sensitif

 Menyerang bahagian sensitif merupakan salah satu cara untuk melumpuhkan lawan yang cukup berkesan, seperti menendang kemaluan, menendang tulang kering, memijak kaki, menyerang bahagian tekak, mata, ulu hati.

Ø Gunakan peralatan yang dibawaBeg tangan, tongkat, payung, tali pinggang, atau peralatan lain yang sedkita bawa dapat dijadikan senjata untuk menyerang atau tameng untuk menahan serangan dan sangat lebih baik lagi bila kita membawa pistol ataupun bom tangan tangan.Kekekekek ...



BEWARE DEAR~

sekian;)

thanks for reading;)

4 orang menginap di sini:

Anonymous said...

menyeramkan.....

NUR SYAMILAH BINTI RASHID said...

sangat2 horror!huhu:(

aimi nadiah said...

sy dulu hmpir2 terkena jgk.. so, cr sy bt.. lari ke arah org ramai.... nsb baik lari laju.. dia pun takut nk kejar sbb nmpak org ramai tgk dia..

NUR SYAMILAH BINTI RASHID said...

waah aimi..scary nye..bgusla awk ambik tindakan yg bijak!!take care yup~;)

p/s: jgn jalan sowang2 oke!heee:D