Saturday, November 13, 2010

Misteri Overtime

Hari ini aku nak share satu cerita yg agak seram-seram sejuk bg aku.huhuhu.cerita nie aku dapat dari belog 100 penulis.kalu korang tengah bc belog aku time tengah2 malam buta, copet2 lah tekan tanda pangkah di hujung atas sebelah kanan dengan segera.jika tidak mimpi anda akan diselebungi dengan kejadian aneh.


Begini ceritanya...



Jangan kacau aku" Jerit Nora Dani berkali-kali. Semua pekerja yang bekerja pada syif malam memberhentikan kerja masing-masing. Mereka meluru ke arah Nora Dani dan cuba menenangkannya. Memang kerap berlaku histeria di Kilang ini, lebih-lebih lagi syif di sebelah malam.

Kudrat Nora Dani memang luar biasa. Hampir tiga orang lelaki memegangnya, namun masih belum mampu menandingi khudratnya itu. Iqram Dinzlay yang mempunyai susuk tubuh ala-ala Sazali samad tercampak ditendang Nora Dani. Begitu juga Valentino Rosli dan Khalid Jerlus. Aksi Nora Dani itu membuatkan hampir kesemua operasi kilang berhenti, Semua pekerja berlari dan meluru ke tempat aksi tersebut.

Nora Dani berulang-ulang kali menjerit dengan suara yang nyaring
"Jangan ganggu aku"
"berikan hak aku"

Hampir lima jam Nora Dani menjerit-jerit ayat yang sama. Valentino Rosli yang bekerja sebagai Supervisor berasa hairan. Sebelum ini memang kerap berlaku Histeria di kilang ini, tapi ayat yang terpacul dari mulut Nora Dani membuatkan Valentino Rosli bertambah hairan.

"Apakah jenis makhluk yang merasuk badah Nora Dani ni, adakah haknya diganggu?" Kata Valentino Rosli dalam hati dengan muka suci ala-ala Ahmad Durrah.

Akhirnya Nora Dani tenang dengan sendirinya selepas pihak pengurusan kilang datang dan dibantu oleh Ustazah Waheeda Hayy. Semua pekerja beransur dari tempat kejadian dan menyambung kerja masing-masing.

**********************************************

Esoknya, Nora Dani dipanggil pihak pengurusan kilang. Dia diberi cuti rehat selama dua minggu.Dia sudah tidak diganggu buat sementara. Nora Dani juga diberi gaji Overtime yang tertunggak hampir setahun akibat kegawatan ekonomi.Kini haknya sudah diberi.

Sememangnya pekerja kilang tersebut sudah lama tidak menerima gaji Overtime. Ini adalah ekoran kegawatan ekonomi yang menyebabkan pengurusan kilang menangguhkan pembayaran.

Dua,tiga hari selepas itu... Pihak pengurusan kilang mengelurkan Memo yang menyatakan, Para pekerja boleh memohon gaji Overtime yang tertunggak itu jika ada kes kecemasan. Jika tiada kes, pembayaran dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Syif keesokannya, Valentino Rosli, Iqram Dinzlay dan Khalid Jerlus histeria dengan serentak............


ha.amacam?seram2 sejuk x lepas bc cerita neyh?hahahahaha.kalu aku lah kan, aku ada idea yg lg cantek punya.

histeria time kuliyyah bila lebih masa. =D
menggelupur keluar buih segala hapa. confirm class habis trus.

hahaha.oke tipu.just kidding.jgn terpikir nak buat lagu tuh orite!

sekian;)

thanks for reading;)

3 orang menginap di sini:

Anonymous said...

takkan :)

NUR SYAMILAH BINTI RASHID said...

hehe.gud2.pelajar contoh!terbaek.haha:P

Anonymous said...

ahhaa , terbaik sgttt , eh cepatlah ambek award tuuuhhhhhh