Monday, September 6, 2010

Cinta Bazar Ramadhan 2

Nak pegi ke tak nak ni? Yang semalam tu dia ajak betul-betul ke saja-saja nak usik aku? Kang aku gi sana, dia buat tak tau pulak, aku jugak yang malu. Tapi aku rasa nak pegi lagi. Nak tengok dia. Dah angau agaknya aku ni. Masalah betul la. Report yang bos mintak pagi tadi sepatah haram pun aku tak buat lagi. Sekarang dah pukul 10.37, awal lagi. Tapi kalau bos nak pukul 1, cukup ke masa nak buat? arghh kusut-kusut.

"Oit Razif, kau ni kenapa? dari tadi aku tengok semacam je. Kejap senyum sorang-sorang, kejap muka berkerut macam ada masalah negara," Tiba-tiba datang Mazlan atau nama glamernya Lan botak (sebab dia memang botak sejak aku mula-mula kenal dia dulu lagi) menyergah aku dari belakang. Haru betul la mamat ni.

"Kau ni Lan, agak-agak la nak tegur orang pun. Buatnya aku terus mati tadi macamana? tak pasal-pasal kau masuk penjara sebab membunuh," Aku buat muka tak puas ati.

"Dari tadi lagi aku dok panggil kau tau tak? Dah sampai mana kau berangan tadi?" kata-kata itu disambut dengan ketawa oleh Sheila dan Rosma yang ada di belakang. Ceh macam aku heran sangat dengan korang tu. Harap mekap je tebal...

"Aku tengah buat report ni la. Kau nak ape panggil aku ni?" Potong betul la Lan Botak ni. Mengganggu masa aku berfikir je.

"Ni Bos pesan tadi, dia ada hal petang ni, so dia nak kau siapkan report tu dalam pukul 12," Hah? mampus aku macam ni. Bos ni pun, hal apa sangatla nak keluar awal hari ni. Bukan boleh lunch pun bulan-bulan puasa ni.

"Yelah-yelah dah nak siap ni," Aku dah malas nak layan Lan Botak lagi. Baik aku siapkan report cepat-cepat. Kang mengamuk pulak orang tua tu. Tapi macamana dengan plan aku nak gi bazar Ramadhan petang ni? haish....
 ***
Tepat pukul 5.47petang, aku terpajak kat bazar ramadhan. Kalau bukan sebab awek jual murtabak tu pun, aku tetap kena datang beli makanan untuk berbuka jugak kat sini. cuma kedatangan aku kali ni dah tak macam selalu. Kalau selalu mungkin aku akan membebel bila tengok orang-orang yang pelbagai ragam ni. Tapi kali ni tumpuan aku hanya pada gerai murtabak itu. Aku masih lagi teragak-agak untuk pegi ke tidak. Malu pun ada. Maklumla aku kan pemalu.haha

Akhirnya aku gagahi jugak ke gerai itu. Lagipun dia menjual, tak ada salahnya aku membeli.( baik punya alasan untuk cover niat sebenar.haha). Dari jauh aku nampak dia sedang melayan pelanggan. Senyum tak lekang dari bibirnya. Kalau hari-hari senyum camni, mau pengsan aku dibuatnya.huhu

"Emm nak murtabak satu," aku buat-buat biasa je. Padahal dalam hati degup jantung macam baru lepas pecut 100meter je.

"Eh awak yang datang semalam tu kan?" dia ingat aku la. Ni yang tiba-tiba rasa bahagia ni.

"Yeke saya datang?" apa ke bangang la jawapan aku ni? dah tentu la aku datang semalam. Ni la jadinya kalau jantung tak berdegup normal. Nak cakap lain, lain yang keluar.

"Yela awak kan datang semalam beli murtabak kat sini," dia macam nak tergelak, tapi dia cover dengan senyum-senyum je. Alahai kiutnya awak ni.

"Saja nak test awak tadi. Bagus betul awak ni. Ingat pelanggan yang datang," Ayat cover mesti baik punya.Haha

"yela mestila ingat. Awak sorang je yang banyak tanya semalam. Ni murtabak awak," dia menghulur bungkusan murtabak dan aku memberi duit bayaran. Aku banyak tanya ke? mungkin kot.

Baru je aku nak menanya namanya, tiba-tiba datang lagi brader semalam.

"Dik bagi murtabak lapan," Arghhh tension betul aku dengan brader ni. Dah 2kali dia potong line aku. Nak tak nak terpaksa aku beredar dan seperti semalam jugak dia jeling manja kat aku dan cakap.

"Jalan elok-elok,esok datang lagi tau," Dan aku terus rasa macam nak pengsan..

bersambung lagi...hehe

thanks for reading;)

2 orang menginap di sini: