Thursday, June 3, 2010

Mengumpat

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau  menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.  Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.  Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. 

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang  yang diumpatkan. Selagi
 orang yang diumpatnya tidak  mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan
 menerima pembalasannya diakhirat.



 "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang  diumpat" menerima pembalasannya diakhirat.  Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia  tidak dirasakan lagi  sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan  mendedahkan diri pelakunya  diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada

rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.



Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan  kebaikan yang tidak pernah dilakukannya  didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari  manakah  datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah  melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang  yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".  Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan  kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.



 Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita  wajib berusaha

 mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


Pabila diriku terbaca artikel di atas ini di dalam sebuah buku.Aku terpikir, berapa banyakkah pahalaku yang tinggal setelah ditolak hasil dari mengumpat ini.Aduh, begitu banyak hingga tak terkira ku rasakan.Aku harus menggantinya balik!HARUS!

and 1 more thing.STOP mengumpat oke Syamilah!Pesanan ini kutujukan jua buat insan2 di luar sana.


thanks for reading;)

0 orang menginap di sini: